BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 9, 2011

Paru goreng sambal black pepper


Assalamualaikum wbr...,,, dan selamat petang semua...hari ni saya nk share cara masak paru...paru ni saya masak pagi tadi utk hidangan pagi sampai ke malam,,,senang,,hihi

Paru goreng sambal black pepper




Bahan-bahan:

300g paru - direbus kemudian hiris nipis2
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Bahan untuk sambal (semua bahan ni dikisar)
5-6 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
sedikit belacan
air asam jawa
serbuk black pepper secukup rasa
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

Gaulkan paru yang telah direbus dan dihiris nipis dengan serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak dan goreng paru tadi hingga agak2 garing. angkat dan ketepikan.
Untuk menumis,panaskan minyak, tumis bhn kisar naik minyak.
masukkan air asam jawa, gula dan juga sedikit garam. taburkan lada hitam@black pepper kedalam masakan.

akhir sekali masukkan paru tadi. gaul rata dan masak hingga sambal tu kering baru angkat dan dihidangkan.


0 comments:

~~counting on my wedding annivessary~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers